jangan dibangga kecantikan zahirmu,
ia akan layu ditelan zaman,
tetapi jaga dan peliharalah kecantikan batinmu,
agar ia bersih dan indah akhlakmu,
Wahai wanita,..
Jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ilmu Allah amat luas,
kuasailah ilmu ukhrawi untuk kejayaan hakiki dan abadi,
Wahai wanita..
Jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana Allah ada memberikan kelebihan lain padamu,
Wahai wanita solehah.,
jangan risau akan jodohmu,
kerana muslimin yang bijaksana itu akan terpaut pada indahnya akhlakmu dan pancaran sinar imanmu.. :-)
Firman Allah swt;
"dan kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta diperhiaskannya dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus
(al-Hujuraat:7)



Tiada ulasan:
Catat Ulasan