Rabu, 29 Oktober 2008

Murabbiyah



Pendidik, moga ia bukan sekadar gelaran, yang disandang sebagai jawatan, amanah bangsa perlu dipikul, amanah Allah mesti dilaksana, moga dengan kudrat yang Allah kurnia, moga dengan rahmat dan hidayahNya, insan-insan kerdil yang lemah ini, akan gagahkan jua langkah, insyaAllah, esok,, moga sinar kegemilangan ummah akan terpancar semula,..

Selasa, 28 Oktober 2008

Persahabatan


Sahabat, moga ikatan ini semakin teguh, moga kebahagiaan dunia akhirat kita raih, moga al Quran dan sunnah jadi panduan, meniti jalan menggapai cinta Tuhan.

Farid@akhis sogi


Adikku, terima kasih, adik jadi sahabat akrab kakak, dalam kesibukanmu bjuang menuntut ilmu di perantauan, kau selalu lapangkan masa mu untuk kakak, celotehmu selalu menceriakan hariku, tarbiyahmu tanpa jemu menggerakkan langkah yang kaku, peringatanmu menyedarkan lenaku,, adikku teruskan perjuangan murnimu, moga langkahmu terus gagah, moga semangatmu tidak luntur,..

Isnin, 27 Oktober 2008

Katty


Buah hatiku,,

adikku yang jauh diperantauan,,

semoga perjuanganmu menuntut ilmu mendapat redha Ilahi,,

jangan leka menguasai ilmu dunia,, hingga kau alpa menuntut ilmu agama,,



buah hatiku,,

jaga iman dan akhlakmu,,

godaan dunia amat rakus menelan sesiapa sahaja yang goyah dengan nikmat yang fana,,

hiasi dirimu dengan ilmu dan taqwa,,

semoga kau jadi salah satu hiasan dunia yang indah pada pandangan ALLAH,,

dan semoga kau mendapat tempat yang mulia di sisi ALLAH;

" Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)." (al-Hujuraat:13)

Fadzly


Buah hatiku..

Seindah hiasan dunia


Wahai wanita,..
jangan dibangga kecantikan zahirmu,
ia akan layu ditelan zaman,
tetapi jaga dan peliharalah kecantikan batinmu,
agar ia bersih dan indah akhlakmu,
Wahai wanita,..
Jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ilmu Allah amat luas,
kuasailah ilmu ukhrawi untuk kejayaan hakiki dan abadi,
Wahai wanita..
Jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana Allah ada memberikan kelebihan lain padamu,
Wahai wanita solehah.,
jangan risau akan jodohmu,
kerana muslimin yang bijaksana itu akan terpaut pada indahnya akhlakmu dan pancaran sinar imanmu.. :-)

Firman Allah swt;
"dan kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta diperhiaskannya dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus
(al-Hujuraat:7)