
Mari kita sama-sama nilai semula amal ibadah kita selama ini atau sejak kebelakangan ini. adakah ia lebih baik dari sebelumnya? adakah ia semakin bertambah atau semakin berkurang? sejauh mana amalan-amalan kita seperti solat, bacaan al-Quran, sedekah dan lain-lain lagi mampu merubah kita menjadi hamba ALLAH yang lebih bertaqwa? jika sekiranya kita pada tahap yang sama atau semakin berkurang, kita perlu semak balik, perbetulkan amalan kita yang perlu diperbetulkan. contohnya kualiti solat kita. adakah kita khusyuk dalam solat? jika kita rasa tidak, kita perlu cari dan lakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan khusyuk dalam solat. Selain itu, kita perlulah betul-betul menjaga kualiti solat kita dengan mengerjakan solat pada waktunya. Solat tepat pada waktunya adalah ibadah yang disukai Allah seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Amal yang paling dicintai Allah adalah mengerjakan solat (tepat) pada waktunya." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Selain itu, berapa banyak ayat al-Quran yang kita baca dan tadabburi maknanya setiap hari? Adahkah amalan-amalan kita betul-betul mengikut sunnah Rasulullah s.a.w?
Selain itu, berapa banyak ayat al-Quran yang kita baca dan tadabburi maknanya setiap hari? Adahkah amalan-amalan kita betul-betul mengikut sunnah Rasulullah s.a.w?


