Rabu, 23 Julai 2008




Kupu-kupu tetap indah,cantik dan menawan.Sebilangan besar kupu-kupu terbang di waktu siang,hinggap pada bunga-bungaan,menghirup manisan yg tersembunyi di tengah-tengahnya. Kemudian kupu-kupu terbang lagi dan hinggap di dedaunan yg segar. Sesiapa pun pasti melirik apabila terperasan kelibat kupu-kupu, hati siapa tidak sukakan keindahan dan kecantikan dan keunikannya...
Tetapi sayap kupu-kupu mudah berderai dan rosak. Apabila sudah rosak tiada siapa memandangnnya lagi..kupu-kupu terbiar.....
Demikianlah wanita dijadikan Allah untuk menghiasi bumi ini sebagaimana kupu-kupu dijadikan untuk menghiasi bunga-bungaan. Tanpa wanita dunia ini terasa sempit dan tidak indah untuk didiami. Kaum lelaki pasti gelisah sebagaimana Nabi Adam A.S pernah dilanda gelisah. Meski pun hidupnya dipenuhi kenikmatan di syurga. Lalu baginda memohon kepada Allah agar dijadikan seorang teman untuknya, agar boleh diajak berbicara dan bersenda gurau. Maka terciptalah Siti Hawa dari tulang rusuk kiri Nabi Adam A.S, barulah terisi jiwa Nabi Adam A.S.
Ternyata wanita amat diperlukan dalam kehidupan lelaki sebagaimana bunga amat perlu kepada suntingan kupu-kupu untuk merialisasikan proses pendebungaan. Tanpa permaisuri siapalah lelaki yang bergelar raja. Tanpa isteri siapalah lelaki yang digelar pemimpin dan tanpa wanita siapalah yang akan digelar sebagai seorang ayah..?
Tanpa Siti Khadijah barangkali Rasullallah S.A.W tidak mendapat dorongan yang amat diperlukannya untuk terus bangkit, memberikan semangat kekuatan dalam menyebarkan risalah Allah.. NurIslam. Tanpa 'Aisyah barangkali banyak hadis Rasullallah S.A.W tidak sampai kepada umat islam seluruhnya. Tanpa Fatimah Azzahra' barangkali Saidina Ali tidak muncul sebagai menantu Rasullallah S.A.W yang amat disayanginya. Tanpa Mashita barangkali tidak terbukti betapa wanita boleh berpegang teguh kepada keimanan meskipun maut berada dihadapan matanya. Tanpa wanita siapalah lelaki kerana setiap lelaki datangnya daripada yang digelar seorang wanita.
Namun seorang isteri kepada Nabi Nuh A.S telah bertukar menjadi seorang penentang kebenaran. Seorang wanita pada zaman permulaan Islam sanggup melapah dada Saidina Hamzah dan mengunyah hatinya, Seorang wanita tergamak meletakkan najis unta di kepala Rasulullah S.A.W dan dalam sejarah manusia sejagat ramai wanita menjadi pendorong kepada kemaksiatan, kemusnahan, kerosakkan dan kehancuran seorang lelaki.
Alangkah besarnya dan pentingnya peranan wanita dalam kehidupan lelaki. Sebagaimana besarnya peranan kupu-kupu dalam membiakkan bungaan di bumi ini. Tetapi alangkah besarnya dan hebatnya peranan kupu-kupu untuk merosakkan dirinya sendiri dengan menjerumus ke dalam api...


SEGUGUS CINTA KUPU-KUPU

Kupu-kupu tidak bercinta kecuali hanya kepada Allah yang menjadikannya. Kupu-kupu akan beristighfar kepada penciptanya saban waktu, tanpa sedetik lara kepada kehidupan dunia atau terleka kepada bunga dan kupu-kupu jantan yang tidak penat-penat menghambatnya.
Daripada Abu Hurairah r.a katanya Rasulallah S.A.W bersabda:-"Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman pada hari kiamat kelak, Mana org-org yg saling mencintai krn keagunganKu ? Hari Aku naungi mereka di mana tidak ada naungan selain naungan Aku."
Ambillah dari keutuhan cinta ini. Ia kekal abadi dan amat suci. Cinta Allah yang Maha Pencinta itu tidak memilih sesiapa, rupa,gaya dan bagaimana keadaannya. Cintanya boleh direbut oleh sesiapa sahaja, Cinta yang tidak akan luput malah ianya kekal abadi.
Kupu-kupu tidak mendapat nikmat cinta Allah. Serangga kecil itu telah melahirkan rasa kesyukurannya sebagaimana dalam firman Allah Ta'ala:-"Ia insan kerdil yang tidak memberi kerosakkan kepada alam, tetapi taubatnya melebihi Insan berakal"
Tidakkah kita lebih perlu bertindak melebihi kupu-kupu sedangkan nikmat yang kita kecapi saban hari dari Allah tidak terhitung banyaknya.
"Langit yang tujuh, bumi dan segala yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Tidak ada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memujiNya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun Lagi Maha Pengampun"
Bandingkan dgn cinta manusia yg biasanya bermusim dan ada batas. Sewaktu senang dicintai dan indah segalanya. Namun apabila jemu dan bosan "Selamat tinggal" hadiah buatnya. Cinta manusia juga terhad dan berkepentinga. Isteri mencintai suami krn suami tempat ia bergantung. Ibu mencintai anak krn anak itulah penhiburnya dikala sunyi, lagi pun dialah yg melahirkan anak itu dgn segala payah kejerihan. Kawan mencintai kawan krn dapat berkongsi akan kesenangan hidup. Pekerja menyayangi ketuanya krn ia menjadi penangungnya.
Berbanding Allah yg Maha Pencipta itu,cintanya kpd hamba tanpa mempunyai kepentingan apa-apa.Bahkan krn cintanya itulah di limpahkan kurnia nikmatsehingga tidak terhitung banyaknya.
Dlm bercinta,manusia kerap berpura-pura dan kepura-puraannya tidak terbatas cinta antara sesama mahluk,malah kepada Allah yg menjadikannya.Zahirnya mereka mengaku dan ikrar mencintai Allah,tetapi tindak tanduknya dapat mencerminkan apakah dia benar-benar mencintainya.Dan sesungguhnya Allah lebih mengetahui pada hamba-hambanya yg mencintainya.
DI dlm Al-Quran,anak disebut sebagai satu "berita baik,hiburan pada pandangan mata dan hidup"Firman Allah Ta'ala:"Hai Zakaria,sesungguhnya kami memberi khabar gembira kpdmu akan beroleh seorganak yg bernama Yahya ( surah Maryam ayat 7 )
Firmannya lagi : "Harta dan anak-anak adalah perhiasa kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yg kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi tuhanmu serta lebih baik utk menjadi harapan" ( surah Al'Kahfi ayat 46 )

DIDIKKAN PERIBADI

Rasulallah S.A.W memperlihatkan anak-anak sebagai kupu-kupu syurga melalui hadisnya,membuktikan kupu-kupu memanglah sejenis kehidupan yg indah dan mempersonakan mata sehingga di tamsilkan kepada Syurga.
Oleh yg demikianlah angapan Islam terhadap anak-anak yg belum dipalit oleh dosa, mrk perlu dipelihara dan diasuh dlm suasana yg amat sempurna agar sayapnya nanti kuat dan tidak mudah berderai dan indahnya terus menawan sepanjang kehidupan.
Ajaran Islam bermula sejak seseorang anak atau kupu-kupu syurga itu dlm kandungan lagi.Bahkan sewaktu belum bergelar janin lagi.Hal ini dapat dilihatkan pada prinsip-prinsip agama tentang perkahwinan dan pentingnya memelihara keturunan.Memelihara keturunan adalah salah satu drpd lima prinsip yg dirumuskan oleh usul fiqh tentang hukum syariat dan hukum-hukum islam :-

1) Terpeliharalah Jiwa

2) Terpeliharanya Agama

3)Terpeliharanya Keturunan

4) Terpeliharanya akal

5) Terpeliharanya Harta


Dan Rasulallah S.A.W bersabda:-"Carilah org asing yg bukan kerabat utk dikahwini supaya tidakmembuat anak-anakmu (yg bakal lahir) lemah"
Berdasarkan hadis ini nyatalah pertemuan dua benih yg tidak langsung saling berkait ,bakal melahirkan kupu-kupu syurga yg kuat dr aspek fizikal mahupun mental.
Anda juga asalnya anak,kanak-kanak dan kemudiannya gadis .Ini bermakna anda juga termasuk dlm gelaran kupu-kupu syurga.Cuma apakah anda dapat mengekalkan gelaran itu walaupun pada detik ini telah pun bergelar remaja sunti,pemudi,isteri,janda bahkan mungkin nenek...
Peluang anda utk terus menjadi kupu-kupu syurga tetap ada krn Allah telah memanjangkan usia anda hingga ke hari ini.Lihatlah betapa kasihnya Allah kpd anda..Itupun kadang-kadang Allah masih membuka peluang kpd anda utk menjadi lebih baik drpd sekadar kupu-kupu di syurga apabila menemuinya kelak
Apakah anda sedar akan hal ini..??

KEHIDUPAN DUNIA

Dunia diketahui sebagai tempat tinggal seketika,sementara sahajaatau cukup sebentar.Sekadar utk meletakkan kepala bagi yg dlm kepenatan.Dan apa bila tenaganya telah pulih ia akan bangkit dan berjalan pergi.Ia adalah tempat persingahan bagi seorang musafir yg sedang berjalan dlm perjalanan yg jauh.
Sesuai dgn sifatnya yg begitu manusia sebagai makhluk yg paling cerdik di atas muka bumi.Ia sebenarnya menipu dan memperdaya .Golongan yg paling mudah tertipu dan terpedaya oleh dunia ini adalah wanita drpd yg bergelar gadis, isteri, ibu malah srikandi.
Setiap manusia di dunia ini adalah ibarat kupu-kupu yg sedang bermusafir di tengah-tengah sebuah taman,saujana dipandang indah lagi menakjubkan.Ramai manusia kecundang krn keindahan yg ditemuinya di tmn itu. Namun tidak kurang juga yg berjaya melepasi godaan begitu sehingga sampai ke taman sebelah sana yg nyata lebih indah lagi menawan serta kekal keindahannya.
Jesteru itu Allah menurunkan agama islam utk memandu kehidupan manusia dan wanita seluruhnya agar mrk dapat mengecapi nikmat hidup kekal abadie di akhirat kelak.Seorang wanita terutama yg brgelar isteri cukup mudah utk memasukki syurga tetapi seorang wanita juga amat mudah utk di lemparkan ke dlm neraka segalanya bergantung pada pegangan agamanya.
Peringatan Allah Ta'alla dlm firmannya:-
1) Kehidupan dunia hanyalah sementara sekadar mainan dan senda gurau."Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain senda gurau belaka dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi org-org yg bertaqwa .Maka tidakkah kamu memahaminya"( Surah A'-An'am ayat 32 )
2) Kehidupan dunia jika dibandingkan dgn kehidupan akhirat hanyalah sedikit."Apakah kamu puas dgn kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat?Pada hal kenikmatan hidup di dunia ini dibandingkan dgn kehidupan akhirat adalah sedikit.( Surah At-Taubah ayat 38 )
3) Org yg bermegah-megah dan berbangga-bangga dgn banyaknya harta dan anak dlm kehidupan akan memperolehi azab Allah" Maka jagalah harta benda dan anak-anak mrk menarik hatimu.Sesungguhnya Allah menghendaki dgn (memberi) harta benda dan anak-anak itu utk menyeksa mrk dlm kehidupan di dunia dan kelak akan melayang nyawa mrk dlm keadaan kafir.( Surah At'Taubah ayat 35 )
4) Kehidupan dunia ibarat air hujan yg turun dr langit lalu suburlah tumbuh-tumbuhan di muka bumi ini pada hal tumbuh-tumbuhan itu menjadi kering dan musnah krn terkena angin."Dan berilah perumpamaan kpd mereka(manusia) kehidupan dunia adalah air hujan yg kami turunkan dr langit ,maka menjadi subur krnnya tumbuh-tumbuhan di muka bumi ini.,kemudian tumbuh-tumbuhan itu menjadi kering yg diterbangkan oleh angin .Dan adalah Allah Maha kuasa atas segala sesuatu"( Surah Al'Kahfi ayat 45 )


TIPS BUAT WANITA

SUARA WANITA
Memang wanita mempunyai suara yg lunak dan lembut.Ia suatu anugerah yg diberikan oleh Allah Ta'alla kpd kaum Hawa.Namunbegitu kelunakkannya hanya di benakan untuk suami dan ketika berbicara dengannya:-
1) Bercakaplah dengan suami dgn percakapan yg menyenangkan.

2) Usahakanlah mencari percakapan yg sedap di dengar dan baik pula maknanya.

3) Usahakanlah memberikan sepenuh perhatian ketika suami bercakap dengan anda

4) Gunakanlah panggilan yg mesra dan di sukai oleh suami apabila hendak berbicara.

5) Gunakanlah kata-kata yg menunjukkan kemanjaan apabila hal itu diperlukan dan sesuai.


Tips Bersolek
Anda ingin bersolek ?? Bersoleklah untuk mendapatkan pahala ..tapi syarat-syaratnya :-
1) Membaca doa ketika beriman."Ya Allah sebagaimana engkau mencantikkan wajahku,tinggikanlah budi pekertiku"
2)Niatkan kerana mengikut sunnah Nabi dan untuk kelihatan cantik di hadapan suami.
3) Sapukan celak pada kelopak mata kanan 3x kemudian kiri 3x.
4)Bersoleklah ala kadar dan tidak berlebihan dan pastikan bahan solekkan bukan diperbuat drpd benda haram.


Wallahualam,,,,

"Saudariku.....
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasai taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu;Namun.... tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari dirinya umpama mawar , dari kejauhansudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang ..... tapi awas duri yang melingkari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya......
Saudariku.....saya suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahidah. Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah... Hiasilah wajahmu dengan titisan wudhuk ..... ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah ...... umpama sebutir permata yang didedahkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup .....sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah, wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam......Namun ..... ianya memerlukan pengorbanan danmujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengannafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih-lebihlagi title gadis yang kau miliki sudah pastinya darahmudamu mencabar rasa keimanan yang ada ...sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu, yang penting saudariku engkau mesti punyai azam , usaha dan istiqomah.......
Saudariku.....Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki...Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu... Sesungguhnya nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu, " Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita".Oleh itu saudariku setiap langkah dan tindakanmuhendaklah berpaksikan kepada Al Quran dan As Sunnah,jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimuuntuk kepentingan tertentu..... Sesungguhnya Allahtelah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam.Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid danmujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengansentuhan lembut tangan mu.....
Saudariku...Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insani namun ramai di antara kamu yang tewas kerana cinta... Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang salah, kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda mudi sebahagian besarnya kerana sebuah cinta...Benarlah kata-kata "Sesungguhnya cinta itu buta"cinta itu mampu membutakan mata dan hatimudalam membezakan perkara yang hak dan yang batilapabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidakkerana Allah SWT... Sebelum kau mendekati cinta ,Cintailah dirimu terlebih dahulu, mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik, yang berasal daripada setitis air yang tak berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah..Semoga di sana mampu melahirkan rasa keagungan dankehebatan terhadapNya dan timbul rasa cinta dankasih pada penciptamu............
Saudariku... Mencintai Allah dan rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai tapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti ia akan bertaut kembali..Dalam seusia mu sibukkan lah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membinasahsiah muslimahmu.....Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampubertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat.Buat akhirnya terimalah kata-kata seorang ahli sufiiaitu Rabiatul Adawiah sebagai renunganbersama :"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yangabadi untuk seseorang insan , kerana ia tidak kekal ,cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itugagal, kecewa, menderita dan terseksa, oleh itutidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkankebahagiaan dan kenikmatan yang kekalabadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itu sendiri."


ANTARA TANDA KEBERKATAN SESEORANG WANITA ITU IALAH,CEPAT PERKAHWINANNYA, CEPAT PULA KEHAMILANNYA DAN RINGAN MAHARNYA......"